TIPS PENYEDIAAN BILIK TIDUR ANAK SELAMAT DAN MENARIK


Menghiasi  bilik tidur anak kecil tidak semudah seperti menghiasi  bilik tidur anda. Bukan sahaja menampilkan ruang yang menarik dengan mainan warna ceria tetapi keselamatan juga harus dititikberatkan bagi mengelakkan kemalangan yang tidak di jangka. Berikut adalah langkah-langkah yang perlu anda ikuti untuk memulakan dekorasi bilik tidur si comel.





1. Pemilihan Perabot

Tentukan bilik yang sesuai  di gunakan, paling penting pastikan perabot sesuai dengan keluasan bilik tidur si kecil, anda disarankan memilih perabot dwi-fungsi. Misalnya almari berlaci yang lebar dan berketinggian paras pinggang boleh dijadikan meja penukar lampin.


2. Kedudukan  Katil

Pastikan lokasi untuk meletakkan katil  mudah didekati  tanpa halangan seperti binaan tiang. Elakkan terlalu hampir dengan tingkap yang memancarkan cahaya matahari atau terdedah kepada pancaran lampu jalan. Jauhi daripada penghawa dingin. Dinasihatkan katil atau ‘baby cot’diletakkan berdekatan pintu masuk bilik kerana ia memudahkan anda sekiranya berlaku kecemasan.


3. Penstoran

Penstoran perlu sebagai tempat meletakkan peralatan si manja seperti pakaian, permainan dan barang keperluan. Jika ruang kecil, anda boleh memilih stor yang menjimatkan ruang seperti menggantung atau letak di bawah katil.





4. Pemilihan Warna

Pilih terma warna untuk perabot, dinding, fabrik dan aksesori di kamar yang sesuai. Jangan terlalu memilih tema yang terlalu biasa seperti  ‘teddy bear’ dan warna kartun. Beberapa tema unik seperti angkasa lepas, bola atau kereta lumba  boleh digunakan bagi menyerlahkan karakter si anak.




5. Dekorasi Pada Dinding

Fikirkan dekorasi  dinding bilik yang bakal memberikan watak pada kamar si manja. Fungsi ‘feature wall’ menjadi titik tumpu menyerlahkan lagi dekorasi bilik si kecil. Ingin berbeza? Gunakan teknik stensil untuk melakarkan puisi atau nyanyian yang ditujukan khas buat si kecil.